Profil Syarikat

Misi Kami

Berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan memberi perkhidmatan dan integriti yang terbaik. Memberi penyelesaian dalam melatih dan menempatkan tenaga kerja di dalam setiap industri di seluruh Malaysia.

Mengenai Kami

APPB merupakan sekumpulan pakar tenaga kerja yang berpengalaman luas serta mempunyai keinginan dan semangat yang tinggi untuk menyumbangkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Dengan pengalaman lebih dari 18 tahun dalam industri tenaga kerja secara global, kami yakin bahawa kerja keras dan integriti yang tinggi adalah kunci utama untuk berjaya.

APPB dimiliki sepenuhnya warganegara Malaysia dan berpusat di Damansara Utama, Selangor. Kami berusaha agar dapat menangani masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal di seluruh Malaysia. Kami berpengalaman dalam melatih pekerja mahir dan tidak mahir dalam pelbagai sektor termasuklah perkilangan, perladangan, pembinaan, perhotelan, rumah jagaan, pembantu rumah dan perlombongan di seluruh Malaysia.

Kami berbangga dengan pengambilan tenaga kerja yang kami lakukan yang berkualiti tinggi bagi memastikan hanya tenaga kerja yang terbaik dan bersesuaian diberi bagi memenuhi kehendak dan kriteria yang dikehendaki oleh pelanggan. Sememangnya menjadi tugas kami untuk melakukan pra-pemilihan terhadap tenaga kerja sebelum memberi data-data yang terperinci kepada pelanggan.

Kesemua pengambilan tenaga kerja kami dijalankan dengan penyeliaan yang rapi dari golongan profesional dalam bidang terbabit. Pengambilan dan penyusunan bagi setiap penempatan dilakukan di negara asal tenaga kerja tersebut dan pegawai kami yang terlatih dengan bantuan dari pakar bidang terbabit di negara tersebut.

 

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh APPB Manpower:

  • Pengambilan pekerja asing dan pembantu rumah
  • Permohonan KDN, JTK dan kelulusan Imigresen
  • Pembaharuan permit kerja (semua sektor)
  • Permohonan / Penempatan Latihan Industri untuk pelajar asing

 

Di APPB Manpower …

Kami yakin dengan adanya pengalaman di kedua-dua spektrum; pengambilan dan permintaan – kami boleh menjadi manfaat untuk organisasi anda.

pic2

9338252 sUrusan kami, Kejayaan anda

Tidak mengira apa jua jenis perniagaan, anda perlu berada dihadapan dalam era yang penuh persaingan ini. Justeru, langkah terbaik untuk terus berada di depan ialah mempunyai tenaga kerja yang sesuai dengan pekerjaan. Sehubungan dengan itu, kami di APPB Manpower, pakar dalam mencari dan mendapatkan tenaga kerja apabila anda perlukannya!
 
APPB Manpower adalah terdiri daripada pakar-pakar tenaga kerja yang berpengalaman yang mempunyai keinginan dan semangat untuk membekalkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Kami adalah organisasi profesional 100% milik warganegara Malaysia, yang berfokuskan keutamaan pelanggan di mana kami sangat mahir dalam perkhidmatan pengambilan dan penempatan tenaga kerja. Kami tahu bagaimana untuk menangani kekurangan tenaga kerja kritikal di tempat kerja Malaysia dan menawarkan penyelesaian yang berdaya maju. Kami faham bahawa majikan Malaysia mempunyai keperluan untuk tenaga kerja yang boleh dipercayai dan stabil untuk merancang dan mengekalkan pertumbuhan mantap bagi syarikat mereka.

 

 

pic1

Tenaga Kerja Global, Citarasa Malaysia

Memanfaatkan sumber buruh yang luas dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Nepal dan Vietnam kami akan menilai kesemua tenaga kerja yang berpotensi bagi memastikan apa yang anda perolehi adalah yang terbaik. Kami menggunakan rangkaian global untuk membantu penyelesaian tenaga kerja bagi optimumkan potensi organisasi anda.

 

Pengekalan Pekerja – Kunci kejayaan anda

APPB Manpower diwujudkan untuk membantu menyelesaikan kesemua masalah tenaga kerja bagi organisasi anda. Kami sedar yang setiap perniagaan adalah berbeza, justeru itu kami menggunakan pendekatan yang unik bagi setiap organisasi dengan permintaan dan matlamat tersendiri. Kami sentiasa berada dibelakang anda untuk mencari penyelesaian yang terbaik disamping anda boleh menumpukan sepenuh masa untuk memantapkan dan mengembangkan lagi perniagaan anda tanpa perlu risau.

ImigresenkdnETIKA

APPB Manpower mematuhi dan mengikuti setiap undang-undang dan peraturan Imigresen Malaysia

Hubungi kami sekarang!

APPB Manpower adalah syarikat sehenti untuk penyelesaian masalah tenaga kerja. Hubungi kami hari ini tanpa ragu-ragu. Para pegawai kami yang berkemahiran akan bekerjasama dengan anda mencari jalan penyelesaian terbaik untuk anda. Beritahu kami kehendak anda dan apa yang anda perlukan – kami akan lakukan seterusnya dari awal hingga akhir!

TEROKAI KEUPAYAAN ANDA...CAPAI SEGALA KEMUNGKINAN

Mengenai Kami

Kami berpengalaman dalam melatih pekerja yang mahir dan tidak mahir untuk sektor perkilangan, perladangan, pembinaan, perhotelan, rumah jagaan, pembantu rumah dan perlombongan di seluruh Malaysia.

Hubungi kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +603.7726.3363/9363
  +603.7726.0363
  No. 56B, Jalan SS21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Kongsikan

    

JoomShaper